Tentang CINTA , HATI dan PERASAAN ♥
Isnin, 21 Mei 2012 | written by , Nur Aniss | 0♬ Budakk Comeel ♪
Thanks For Reading :) Thank You
Older Post . Newer Post
Hai semua , selamat malam . Esok hari isnin kan ? Maka esok da start kerja bagi yang bekerja dan dah start kelas / kuliah bagi yang masih belum study dan selamat pagi bagi mereka yang sedang menikmati cuti semester . Semoga hari esok akan lebih indah dan kita lebih bersemangat untuk memulakan minggu baru :D
Sebelum menutup mata untuk lena . Saya ingin berbicara mengenai cinta , hati dan perasaan . Wahhh mood jiwang lahh memalam macam ni kann ? xD Sudilah kalau kamu meluangkan masa untuk baca madah – madah tangkap lentok dan tersangat lah jiwang kononnya romantikussss :DD hehehee .
“ Kerana kamu umpama bulan di litupi awan , yang sering di puja di puji . Kamu indah di langit tinggi , dikelilingi bintang - bintang yang cantik tidak terperi . Manakala aku hanyalah umpama rumput dijalanan yang sering di pandang sepi . Sering di pijak dan di biarkan sendiri di padang kecil bagaikan tiada erti lagi . Maka sebab itu ku biarkan sahaja rasa cinta itu tersudut sepi di kamar hati . Enggan berbicara dan mengakuinya di hadapan kamu . Kerana kita ternyata jauh berbeza . Jadi aku harap kamu mengerti dan janganlah di tanya itu dan ini lagi “ – KEHIDUPAN MANUSIA
“ Cinta janganlah kau pergi , CINTA … Janganlah kau tinggalkan aku sendiri … CINTA , janganlah engkau biarkan aku tersudut sepi lagi … “
“ Cinta janganlah kau pergi , CINTA … Janganlah kau tinggalkan aku sendiri … CINTA , janganlah engkau biarkan aku tersudut sepi lagi … “
“ Cinta itu ibarat ombak dan pantai . Umpama pantai yang setia menanti ombak walau badai tak henti – henti menguji diri . Ombak pula , setia dengan pantainya yang dicintainya walaupun masih banyak lagi pantai yang menanti kunjungannya tapi hatinya tetap pada pantai yang dicintainya “
“ Hati itu umpama Kristal . Cantik dan indah di pandang . Tapi bila terhempas manjadi deraian kaca yang berkeping – kepingan dan pasti ianya sudah tidak lagi dapat untuk dicantumkan kembali serpihannya . Maka jagalah hati itu sebaiknya . Jangan biarkan ia terluka “
“ Jangan mengharap cinta pada suatu yang tak pasti . Jangan memberi hati pada yang tidak sudi . Berilah ia pada insan yang tahu menghargai dan tahu mengerti akan diri kamu itu apa adanya . Kelak kamu takkan kecewa dan terluka olehnya nanti “
“ Mencari … dan terus mencari .. Menunggu dan terus menunggu … Menanti sesuatu yang tak pasti entah sampai bila .. Menunggu seseorang yang entah aku sendiri tidak tahu siapakah gerangannya .. Berharap masih ada cinta untukku .. Mengimpikan masih ada manusia yang menyayangiku .. “
“ Sepi di malam yang sunyi . Angin berhembus di buai mimpi . Mimpi indahkah esok nanti ?
“ Kadangkala aku tidak mengerti tentang erti sebuah cinta itu . Ianya datang tanpa aku mahu . Ianya pergi tanpa aku halau . Tapi aku harap cinta aku dan kamu akan kekal . Tidak pergi dan tiada yang ditinggalkan “
“ Terkadang rasa geram dan marah menguasai diri . Terkadang rasa sedih , terasa ada butiran jernih membasahi pipi . Terkadang rasa benci seperti mahu pergi jauh – jauh . Seperti mahu enggan melihat wajahmu lagi . Menyampah dan meluat meracuni hati . Tapi aku tahu itu hanyalah emosi semata yang tidak menentu . Hanya satu yang aku tahu hanya kamu yang ada di hati ku dan yang paling penting aku mencintaimu , aku merinduimu . “
“ Cinta aku terhadapmu adalah setulus hati . Tak mungkin bertukar dan tak mungkin jua berganti . Tak semudah itu cintaku boleh dijual beli kerana cinta itu lebih berharaga nilainya dari wang atau harta yang tersimpan di dalam peti besi . “
*P/S à Madah – madah cinta ini adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh penulis blog ni , saya sendiri Aniss :’) Entahh dari mana tiba- tiba datang idea nak buat madah - madah cinta sebegini . Ouhh yaa , saya tak pernah beri madah sebegini pada sesiapa , sebab SEGAN + MALU . Disaat entry ni di taip , tuan punya blog ni masih mencari apa ertinya “ CINTA “ . Jadi janganlah salah sangka dan memikirkan akan tuan punye blog ni . Idea ni datang setelah habis membaca novel – novel cinta tempoh hari . Namun tidak lupa juga , saya seorang yang mempunyai daya pemikiran yang kuat dan kreatif berimaginasi tentang perasaan cinta J Tidak semestinya orang yang tak single jee bole bermadah pasal cinta . SINGLE or TAK SINGLE pun boleh . Jadi kesimpulannya semua orang tidak mengira umur atau statusnya juga boleh mengatakan apa saja dan segalanya tentang CINTA J
> Abaikan muka Si Penulis blog untuk entry ini :D