Hubungan Bukan Mainan :)
Ahad, 22 Januari 2012 | written by , Nur Aniss | 0♬ Budakk Comeel ♪
Thanks For Reading :) Thank You
Older Post . Newer Post
Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Hubungan bukan mainan. Itu yang aku telah pengang dan pelajari selama ini~ Terutama sekali bila dah meningkat dewasa ini~ kadar untuk aku cenderung untuk memiliki seseorang yang sentiasa menyokong aku dan membetulkan segala kesalahan aku makin meningkat.
Salah satunya tempat untuk aku mencari pasangan hidup adalah di taman ilmu dan budi. But then, disinilah tempat aku mengerti apa sebenarnya hidup ini. Aku ingin tarik balik kesahihan
Ianya tidak 100%. Masih lagi hanya 50%. Waktu dulu aku rasa apa yang aku bagi, aku akan dapat balik benda yang sama. Rupanya itu hanyalah fatamorgana semata. Sesuatu hubungan yang terbina bukannya mainan.
Ia melibatkan pengorbanan, titik peluh, air mata, dan juga hati. Dari sudut pengorbanan pula, kita mengorbankan masa untuk hubungan kita. Selain daripada masa, ramai kawan-kawan juga turut sama demi membina sesuatu hubungan.
Masa yang kita korbankan untuk hubungan itu, sedikit sebanyak affect kepada masa untuk hang-out bersama member. Well, itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan perancangan masa dengan betul. Aku? Aku dah belajar bagaimana membahagikan masa untuk member kalau mempunyai sesuatu relationship.
Antara lain, apa yang terkorban adalah titik peluh. Kadang aku terfikir baru-baru ini, alangkah sia-sianya titik peluh aku yang jatuh kebumi. Tapak kaki yang berjalan di malam hari, di tengah hari, di pagi hari, hanya untuk sebuah perhubungan, itu sekarang menjadi sia-sia sahaja. Tapi, hikmah disebalik kejadian itu ialah? Aku dapat rasa bagaimana susahnya menjayakan sesuatu hubungan.
Apa yang terkorban yang lain ialah titisan air mata. Kadang, selang 2-3 hari, aku akan menangis ketika muhasabah diri. Banyak sangat yang aku lakukan selama ini. Dan banyak sangat yang aku tinggalkan pada masa yang sama. Dan yang paling menyakitkan adalah bila mencuba untuk setia.
Of coz~ ketika kita berada di dalam sesuatu hubungan, tendency untuk berkenalan dengan perempuan lain adalah tinggi. Itulah seorang lelaki. Sangat ramai target2 yang berada di depan mata bila ada hubungan. Perghhh~ bila ku kenangkan balik~ betapa sabarnya aku menahan kesetiaan yang aku ingin berikan, aku akan menangis lagi.
Dan sekarang aku terfikir~ owh~ aku tersalah pilih~ dan kesalahan ini menyebabkan banyak kesan-kesan kepada diri aku sendiri. Bila ku pandang kebelakang, aku rasa aku ingin dapatkan kuasa untuk memutarkan kembali masa lampau. Supaya dapat kuperbaiki dan aku tidak ingin menjalinkan sebarang hubungan dengan perempuan ini.
Tapi, inilah realitinya~ ya~ memang kadangkala aku post status di facebook, aku dah sembuh, aku dah cure. But, yang sebenarnya, hati aku semakin hari semakin parah dengan limpahan darah yang mengalir dari luka-luka lama yang jahitannya terbuka kembali.
Adakah kerana aku ditakdirkan untuk hidup berseorangan? Atau adakah sangat susah mencari seorang perempuan yang bisa setia pada cintanya? atau adakah aku yang tersilap langkah selama ini? Aku sendiri dah keliru dengan segala-galanya.
Mungkin, hikmah disebalik kejadian ini adalah Allah ingin aku cari relationship denganNya. Aku terlupa dengan janjiNya bahawa urusan jodoh itu adalah ditanganNya. Rezeki juga adalah ditanganNya, ajal maut juga ditanganNya.
Siapakah gerangan jejaka yang benar2 akan menjadi putera dalam hati aku ini? Aku akan tetap menunggumu~ dan bila kau muncul dihadapanku, aku akan serahkan segala-galanya~ dan ku harap kau maafkan aku atas dosa-dosa silamku. Mereka hanya 2 pelangi yang muncul selepas hujan, dan kau lah satu-satunya siang malam ku yang akan menemaniku ketikaku senang dan ketika ku susah.
Aku masih percaya dengan janji Dia.
Takkan pernah hilang kepercayaan ini~
Aku akan tetap sabar menunggumu,
wahai putera hatiku…