CINTA KU MILIK SIAPA ?
Sabtu, 21 Januari 2012 | written by , Nur Aniss | 0♬ Budakk Comeel ♪
Thanks For Reading :) Thank You
Older Post . Newer Post
Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Aku menulis kisah2 hidup aku ini tiada lain hanya sebagai nota peringatan untuk diri aku sendiri dan pengajaran kepada sesiapa sahaja yang ditakdirkan untuk membaca. Aku berharap ada kebaikkan yang korang dapat dari segala penulisan2 aku di alam maya ini.
Cintaku milik siapa? Sebuah penulisan yang aku ingin tuliskan yang mana memang bukan bergenre jiwang. Cinta kita milik siapa sebenarnya? Cintaku? Cintamu? siapa pemilik sebenar cinta itu? entry nih mungkin pengaruh novel nih~ hehe
Aku sendiri, memang kalau dilihat dari segi perangai aku, perbuatan aku, kata-kata aku, dressing up aku memang langsung tak Islamic. Cinta, adalah 1 perasaan suka, sayang kepada seseorang atau sesuatu. Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menunjukkan cinta kita. Cinta kepada haiwan, binatang, benda, pokok, alam sekitar, dan ofcoz… manusia.
Bila bercerita pasal cinta, mind set kita akan direct untuk cinta antara 2 orang insan yang berlainan jantina yang suka sama suka. Tapi siapa yang berhak keatas cinta kita yang sebenar2nya?
Kadang, dalam percintaan kita dengan manusia, tumbuhan, haiwan, harta benda, dan segala macam yang sama ada kita nampak secara fizikal atau percaya dengan hati, kita terlupa dengan 1 cinta. Cinta kita kepada Dia.
Ya… Dia. Dia yang memberikan segala-galanya. Oksigen untuk kita bernafas setiap hari, rezeki yang kita peroleh setiap masa, denyutan jantung yang bergetar setiap saat, kesihatan tubuh badan kita, dan segala macam lagi.
Kadang kita terlupa untuk bercinta dengan Dia. Eh? bagaimana untuk bercinta dengan Dia? Salah satunya, Solat. Aku pun kengkadang terlambat untuk solat. Ataupun kadang2 sengaja melambat2kan solat. Tapi bila nak date~ pergh! kuar awal tuh! Astaghfirullah Al-Azim. Itu aku mengaku~ Bila terkenang balik kehidupan aku selama ini~ banyak sangat dah~
Tapi~ aku yakin. Semua ini Dia yang tunjuk kepada aku bahawa cinta yang sejati hanyalah cinta kepada Dia. Hikmah terbesar yang aku dapat ialah, Cintailah Dia, nescaya Dia akan berikan cinta yang sepadan dengan diri kita, yang menerima kita seadanya, dan pada masa yang sama, Dia bukakkan hati kita untuk mencintai sepenuh hati, tanpa ada keraguan, dan menerima seadanya.
Dia maha adil dan saksama. Tiada seorang manusia pun terlepas dari keadilanNya, dan paling utama, CintaNya. Selepas hilangnya cinta aku kepada manusia, aku terasa kosong sangat, bagai mencari-cari semut hitam di malam hari.
Aku teraba-raba dalam kegelapan dan kekosongan hati ini. Sebab, dah tiada siapa yang perlu aku risaukan kesihatannya, hari-harinya, masalahnya, kehidupannya, sukanya, dukanya, sedihnya, tangisnya dan pelbagai lagi~ aku terasa kosong sangat.
Aku mencari 1 sinar cinta yang baru. Memang, kadangkala aku akan tertewas dengan nafsu aku sendiri. Aku harap~ ada 1 sinar baru yang akan menerangi dan membentuk hawa nafsu aku. Amin~
Jadi, sekarang ini, aku sedang dalam perjalanan mencari pemilik cinta sebenar aku. Cinta kepada Dia. Aku berharap sangat agar cinta ku itu tak lagi tergugat dengan cinta seorang lelaki lain. Cukuplah pengalaman aku selama ini. Pengalaman yang menjadi guruku, pengajarku, dan pemberi pengajaran terbesar dalam diriku.
Dan pada masa yang sama~ aku taknak lagi tewas dalam cinta dongeng bersama manusia. Ada lebih baik aku begini. Bila dah sampai masa nanti, Putera yang betul2 sesuai jadi pemegang kunci hati aku ini akan tiba untuk mengambil kunci itu.